Wednesday, 9 December 2009

Talapia yang memakan usus khinzir



Kehalalan memakan haiwan yang telah menelan haiwan yang diharamkan dalam Islam.

Masyarakat kita pernah gempar dengan isu penternak talapia memberi makan ikan tersebut dengan usus khinzir. Malah terdapat juga isu haiwan ternakan yang halal dimakan oleh orang Islam seperti ayam yang berada dalam satu kawasan penternakan yang sama dengan khinzir. Bagaimanakah kedudukan masalah ini? Adakah talapia dan ayam tersebut boleh dimakan? Atau yang lebih penting lagi, adakah daging talapia dan ayam itu halal dimakan?

Hukum makan ikan yang telah memakan usus khinzir hanyalah makruh dan bukan haram. Maka orang Islam boleh memakannya, Cuma sepertimana hukum makruh, jika dapat dielakkan lebih baik.

Petikan dari majalah solusi isu no. 2.

Dalam kitab fiqah, masalah seperti ini ada disebutkan. Sebagai contoh seekor anak kambing yang tersesat masuk dalam kumpulan anak anjing dan diberi minum susu oleh ibu anjing dan membesarlah ia. Bolehkah dimakan kambing tersebut? Jawabnya BOLEH.

Haiwan seperti itu dipanggil haiwan jalallah, di mana jika ingin disembelih, perlu dikurung selama 3 hari baru disembelih. Begitu juga dengan ikan talapia tersebut, kalau dibeli hidup (dalam air), maka perlu dibiarkan selama 3 atau 4 hari baru dimasak. Tetapi kalau waktu dibeli telah mati, maka boleh terus proses untuk dimasak. Ini kerana apa yang dimakan oleh ikan telah bertukar menjadi tahwel ihalah, yakni menjadi daging maka tidak ada masalah jika dimakan.

Begitu juga dengan pokok dan sayuran yang diberi baja organik, walaupun tahi khinzir atau tahi ayam, mana-mana satu juga adalah najis. Tetapi pokok atau sayuran yang tumbuh subur itu bersih dan HALAL dimakan.

Kesimpulannya, ikan talapia atau apa saja haiwan ternakan yang diberi makan usus khinzir, boleh dimakan cuma hukumnya MAKRUH.

0 comments: